Khamis, 17 Mac 2011

Abby Fana... Siapa Sebenarnya Dia?

Nama sebenarnya Habsah Omar. Nama manjanya Abby Fana. Bulan kelahirannya Ogos, tarikhnya 28 tahunnya biarlah rahsia. Seorang selebriti yang sangat down to earth. Jarang kita dengar tentang dirinya di akhbar mahupun di majalah. Sisi peribadinya cukup peribadi. Apa yang kita tahu hanyalah beliau ada 2 orang putera dan kini seorang puteri. Walaupun beliau membesarkan anaknya sendiri, tetapi anak-anaknya berjaya. Tahniah! Identitinya tersendiri. Perjalanan seninya bermula dalam tahun 1980an bila beliau ditawarkan menjadi pengacara dalam satu rancangan di RTM.Sejak itu beliau terus mengorak langkah dalam dunia pengacaraan. Dari Selamat Pagi Malaysia hinggalah Malaysia Hari Ini, itu di TV. Kalau di radio pula bermula dengan THR hinggalah kini di Sinar FM. Personalitinya di kaca TV agak berbeza dengan penampilannya di corong radio. Bila di radio beliau sangat selamba, membuatkan ada yang suka dan juga yang tak suka. Tetapi beliau tetap dengan identiti beliau itu. Bila diamati, kerap terdetik dalam hati saya... ini "Din Beramboi" versi wanita, mungkin ada benarnya kerana arwah adalah salah seorang gurunya dalam bidang DJ ini. Cukuplah sampai sini. Mungkin ada waktu, ketika dalam masa yang lain kita ketemu lagi dalam coretan akan datang.

2 ulasan: